Friday, January 31, 2014

Trivia 1

Salam semua, anda pernah berfikir siapa yang mula- mula membuat kemeja?? Kemeja-T yang kita pakai ini berasal dari mana?? 

Hiasan

Sedikit trivia Kemeja dari Wikipedia...sila Like dan kongsi kan maklumat anda untuk info bersama.
Kemeja-T berkembang daripada pakaian dalam yang digunakan pada abad ke-19. Ia dicipta dengan menggunting pakaian dalam "sut kesatuan" sehelai menjadi pakaian atas dan pakaian bawah yang berasingan, dengan pakaian atas cukup panjang untuk dimasukkan ke dalam ikatan pinggang pakaian bawah. Kemeja-T, baik dengan butang mahupun tidak, dipakai oleh pelombong dan pemunggah kargo pada akhir 1800-an sebagai pakaian yang sesuai untuk persekitaran panas.
Kemeja-T, sebagai pakaian serelum tanpa butang, pada asalnya menjadi popular di Amerika Syarikat apabila ia dibekalkan olehTentera Laut Amerika Syarikat semasa atau selepas Perang Sepanyol Amerika. Ia merupakan baju dalam kapas putih yang bergaris leher bulat dan berlengan pendek yang dipakai di bawah pakaian seragam. Kemeja-T umumnya dipakai oleh pelaut dan askar marindalam pasukan kerja, kapal selam awal, dan iklim tropika. Mereka menanggalkan "jaket" pakaian seragam dan hanya memakai (dan mengotori) baju dalam mereka. Adalah mungkin bahawa lembaga pakaian seragam Tentera Laut menemui kemeja-T buat pertama kali apabila mereka melihat anak kapal dok.
Dinamai "kemeja-T" disebabkan garis bentuk pakaian itu, kemeja-T tidak lama kemudian menjadi popular sebagai pakaian lapisan dalam untuk pekerja dalam pelbagai industri, termasuklah pertanian. Kemeja T mudah dipakai, mudah dibersihkan, serta murah dan kerana itu, ia menjadi baju pilihan untuk budak lelaki (lebih mungkin pilihan ibu daripada pilihan budak lelaki pada diri mereka). Baju budak lelaki yang mempunyai pelbagai warna dan corak menjadi amat umum sehingga watak kartun Charlie Brown jarang dinampak tanpa kemeja-T dengan jalur zig zag di sekeliling pinggangnya.
Menjelang Zaman Meleset, kemeja-T seringnya menjadi pakaian lalai yang dipakai sewaktu membuat kerja harian ladang atau ladang ternak serta juga sewaktu kesopanan memerlukan badan dilitupi tetapi keadaan memerlukan pakaian ringan.
Selepas Perang Dunia II, pemakaian seluar pakaian seragam dengan kemeja-T sebagai pakaian kasual menjadi umum dalam kalangan bekas perajurit, dengan kemeja-T menjadi jauh lebih popular selepas Marlon Brando memakainya dalam filem A Streetcar Named Desire. Kemeja-T akhirnya mencapai status sebagai satu pakaian luaran tersendiri yang berfesyen.[1]

STOK UPDATE

Kepada para pelanggan yang dihormati, pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan. Untuk makluman semua, pihak kami hanya mempunyai stok kemeja terbaru sahaja buat masa ini, stok-stok baju yang lain telah habis. Sila LIKE page kami untuk stok terbaru akan datang. Terima kasih atas sokongan anda.

Monday, January 27, 2014

Tips-tips memilih baju kemeja

Tips memilih kemeja anda 

Jika kaum Hawa berasa tidak lengkap tanpa dress atau skirt dalam almari, kaum Adam juga sebenarnya sama juga begitu, tetapi bukan dengan dress tapi pakaian formal terutamanya kemeja dengan potongan tepat.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip bagaimana untuk memilih kemeja yang terbaik supaya anda tampak menarik dan segak bergaya;


Sekadar Hiasan (Credit pakcik Google)


1) Saiz
Ini adalah perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. 'Slim fit' antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, 'slim fit' membuatkan anda tampil segak bergaya.

2) Fabrik 
Pemilihan fabrik adalah elemen penting dalam menentukan keselesaan anda sebagai si pemakai. Pilihan kain kapas adalah yang paling sesuai untuk kemeja. Fabrik yang lembut, kuat dan anti-kedut juga adalah alasan kapas sering menjadi pilihan tukang jahit untuk membuat kemeja. 'Italian Cotton' adalah pilihan kebanyakan pereka fesyen antarabangsa. Namun bergantung juga kepada majlis yang anda ingin kunjungi. Pemilihan satin yang lebih lembut mungkin lebih sesuai untuk majlis makan malam. Jika anda tidak berani bermain dengan jenis fabrik, kemeja berfabrik kapas sudah cukup untuk anda kelihatan hebat.

3) Warna
Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Anda boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda. 


4) Kolar baju
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar 'narrow' yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar. Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,141/2,15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.

5) Corak
Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti 'Windowpanel' dan 'Pastel'.




 - sumber

Wednesday, January 22, 2014

Bagaimana hendak order Size Kemeja ANDA??

Untuk membuat tempahan, anda perlu mengetahui saiz anda yang sesuai. Untuk cutting slimfit, ianya sesuai untuk mereka yang slim, jadi utk mengukur saiz yang sesuai sila ikut petua Orang2 lama,kalau hendak tahu saiz seluar, lilit bahagian pinggang seluar di leher kita... Kalau hujungnya  saling bersentuhan, maknanya seluar itu muat untuk kita (petua bagi yang malas hendak cuba try test seluar di fittng room)... Jadi ambil saiz tengkuk anda dan kami akan berikan saiz baju yang sesuai mengikut saiz seperti jadual berikut:



Mudah kan...selamat mencuba dan membeli. Terima kasih

Tuesday, January 21, 2014

Pre Order

PRE ORDER FOR ANIME WALLET.


AW NS01L
Category : PURSE / WALLET
Material : PU Leather
Japanese style
2 FOLD
Luggage: A square cross section
hardness: soft
Suitable for Both Men and Women
Method: Printed
Applicable for Birthday gifts, business gift, etc.

MOQ: 50pcs @ RM 18.50/pcs
Retail RM 25.00 / pcs
DELIVERY : 1-2 Weeks for ext-stock design & qty
2-3weeks on your design after confirmation.

MORE DESIGN AND WE ALSO CAN PROVIDE WITH YOUR OWN DESIGN.